Quantcast
Channel: Resipi Citarasawan

Sambal Tumis Sotong

$
0
0

Sambal Tumis Sotong
By Kak Wan @ Resipicitarasawan

Bahan-Bahan :
300 gm Sotong
1 labu Bawang Besar, hiris bulat
1/2 cawan minyak untuk menumis
2 sudu besar Gula Melaka
1/2 sudu kecil garam
1 sudu kecil AJI-NO-MOTO®️

Bahan Kisar :
20 tangkai Cili Kering, rebus
1 biji Bawang Besar
6 ulas Bawang Merah
4 ulas Bawang Putih
2 sudu besar Udang Kering, rendam


Penyediaan :
  1. Cuci sotong, buang kulit dan belah 2.
  2. Kelar2 kan menyerong dan potong saiz sesuai.
  3. Masak air hingga mendidih.
  4. Celur sotong hingga bergulung, angkat dan toskan.
  5. Panaskan minyak, tumis bahan kisar hingga naik minyak.
  6. Masukkan bawang hiris.  Kacau hingga bawang layu.
  7. Masuk gula, garam dan AJI-NO-MOTO®️.
  8. Akhir sekali masukkan sotong dan gaul rata.

Sambal Tumis Sotong




Pau Cendawan

$
0
0

Pau Cendawan 
By Kak Wan @ Resipicitarasawan

Bahan Inti Cendawan :
1 keping dada ayam, potong dadu
1 tin cendawan butang, cincang
1 biji bawang besar - cincang
2 sudu besar mentega
1 sudu besar minyak
2 sudu besar tepung gandum
1 cawan air
1 sudu besar stok pekat ayam
Secubit garam dan serbuk lada hitam

Cara-cara :
  1. Panaskan mentega dan minyak. 
  2. Tumis bawang besar hingga layu. 
  3. Masukkan tepung dan kacau hingga rata.
  4. Masukkan ayam dan tumis hingga ayam berubah warna.
  5. Masukkan cendawan, kacau rata.
  6. Masukkan air dan stok ayam. Masak hingga mendidih.
  7. Perasakan dengan sedikit garam dan serbuk lada hitam.
  8. Masak hingga inti agak kering. 
  9. Sejukkan dahulu sebelum di isi ke dalam pau.

Doh Pau :
250 gm Tepung Superfine MFM atau Tepung Pau
1 sudu kecil yis
3/4 sudu teh baking powder
50 gm gula kaster
1/2 sudu kecil gula kaster
1/2 sudu kecil pelembut roti (bread softner)
120 ml air suam
20 gm shortening

Bancuhan Kulit Cendawan :
1 sudu besar tepung beras
1 sudu besar serbuk koko
2 sudu besar air
Satukan semua hingga larut, ketepikan. Adunan tidak terlalu cair atau pekat.

Penyediaan :
  1. Satukan semua bahan kecuali air di dalam mixer. 
  2. Gaul rata dan masukkan air sedikit-sedikit.
  3. Uli sehingga menjadi doh yang tidak melekat di mangkuk adunan.
  4. Tutup dengan kain dan rehatkan selama 15minit.
  5. Timbang adunan 35-40gm setiap satu sebanyak 9 biji. 
  6. Ketepikan 1 bahagian untuk tangkai cendawan.
  7. Masukkan inti dan tutup, bulatkan kembali doh dan letak di atas kertas pelapik.
  8. Untuk tangkai cendawan, guna lebihan adunan dan gentel bujur.
  9. Susun pau dan tangkai di dalam pengukus. 
  10. Rehatkan doh selama 20 minit lagi sehingga mengembang.
  11. Kemudian sapu bancuhan kulit cendawan dengan berus di permukaan pau. 
  12. Rehatkan doh sehingga permukaan doh kelihatan retak.
  13. Panaskan pengukus dan kukus selama 10 minit dengan api besar.
  14. Biarkan sejuk, cucuk bahagian bawah dengan chopstik untuk membuat lubang. 
  15. Celup hujung tangkai dalam lebihan bancuhan kulit cendawan.
  16. Masukkan ke dalam lubang tadi.
  17. Kukus sebentar selama 2 minit. Sedia di hidangkan.
Pau Cendawan

Biskut Gulungan Kurma

$
0
0

Biskut  Gulungan Kurma
By Kak Wan @ Resipicitarasawan

Bahan-bahan
200 gm mentega
50 gm gula kaster
2  kuning telur
250 gm tepung gandum
25 gm tepung jagung
25 gm susu tepung

Jem Kurma
200 gm kurma, cincang halus
1/4 sudu teh serbuk kayu manis - optional
50 ml susu cair
1 sudu besar gula pasir
1 sudu besar mentega

Penyediaan 
  1. Cincang kurma hingga halus.
  2. Masukkan gula, mentega, serbuk kayu manis dan susu cair.
  3. Kacau hingga bergumpal dan tidak melekat di kuali.
  4. Sejukkan dahulu dan gentel bujur (4gm)
  5. Satukan mentega dan gula kacau dengan senduk kayu hingga berkrim.
  6. Masukkan kuning telur satu persatu, kacau hingga sebati.
  7. Masukkan tepung dan gaul hingga menjadi doh yang lembut.
  8. Rehatkan selama 15 minit dalam peti sejuk.
  9. Canai dan terap menggunakan penerap bulat.
  10. Leperkan sedikit supaya senang di lipat.
  11. Mmasukkan inti kurma di tengahnya dan lipat hujung pastri hingga bertemu di tengah.
  12. Untuk hiasan, sepit mengikut paten yang di sukai.
  13. Bakar pada suhu 160C selama 20-25 minit.
Biskut Gulungan Kurma

Ikan Stim Tociau

$
0
0

Ikan Stim Tociau
By Kak Wan @ Resipicitarasawan

Bahan-bahan
1 ekor Bawal Emas
Potong ikan 2 cm tebal, jangan putus

PES HUMAN TOCIAU
4 sudu besar cili merah cincang
2 sudu besar bawang putih cincang
1 sudu besar halia cincang
1 sudu besar gula
2 sudu kecil serbuk pati ayam
1/2 sudu besar Sinchuan Cili Bean
4 tangkai cili padi - jika suka pedas

Bahan Minyak Wangi

1 helai daun bay
1 batang kulit kayu manis
1 kuntum bunga lawang, hiris
1 bawang besar, hiris
1/4 cawan minyak

Penyediaan :
  1. Panaskan , tumis bay leaf, bunga lawang, bawang hiris dan kayu manis.
  2. Apabila naik bau, keluarkan bahan2 tumis, tinggalkan minyak sahaja
  3. Masukkan bahan PES TOCIAU dan tumis hingga naik bau
  4. Panaskan pengukus, selitkan potongan carrot dan halia pada ikan.
  5. Letak Pes  Tociau dan kukus sebentar selama 6-7 minit.
  6. Hias cili hiris.

Ikan Stim Tociau

Mee Bandung Special Aroma Kari

$
0
0

Mee Bandung Special Aroma Kari
By Kak Wan @ Resipicitarasawan

BAHAN PES
1 biji keledek oren, rebus dan haluskan
3 sudu besar udang kering direndam air panas)
10 tangkai cili kering direndam air panas
5 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
2 sudu besar gula pasir
1/2 sudu besar garam
1 sudu besar serbuk kari
1 sudu kecil serbuk perasa 
1/2 cawan minyak utk menumis

PENYEDIAAN PES HOMEMADE
  1. Kisar cili kering, bawang merah dan bawang putih. 
  2. Panaskan minyak dan tumis hingga garing.
  3. Masukkan rempah kari, gula, garam dan serbuk perasa. 
  4. Masak hingga naik minyak. 
  5. Masukkan keledek dan kacau hingga pekat.
  6. Sejukkan dahulu.

BAHAN MEE BANDUNG (hidangan 4 orang)
1 kg mee kuning
1 paket Steamboat 5 in 1, potong
8 ekor udang
2 senduk Pes Bandung Homemade
4 cawan air rebusan udang
2 sudu besar minyak

PELENGKAP
Sayur sawi, celur
4 biji telur

PENYEDIAAN :
  1. Celur udang sebentar, toskan dan simpan air rebusannya.
  2. Panaskan minyak, masukkan pes bandung dan kacau. 
  3. Masukkan air rebusan udang, masak hingga mendidih.
  4. Masukkan EB Steamboat 5 in 1.  Reneh sebentar.
  5. Pecah kan telur ke dalam cawan dan tuang ke dalam kuah. 
  6. Biarkan sebentar sehingga telur hampir masak.
  7. Masukkn mee kuning. udang dan sawi. 
  8. Perasa kan dengan gula dan garam sesuai rasa.
  9. Jika kurang pekat boleh tambah pes.

Mee Bandung Special Aroma Kari


Mee Meatball Balognese

$
0
0

MEE MEATBALL BALOGNESE
By Kak Wan @ Resicipitarasawan

Bahan-bahan
200 gm mee kuning
1 1/2 sudu besar minyak zaitun

SOS MEATBALL

100 gm meatballs siap guna - rebus toskan
1 biji bawang besar - dadu
2 biji tomato - dadu
5 ulas bawang putih - cincang halus
2 sudu besar minyak zaitun
2 tin sos pasta Balognese
1 sudu kecil garam
1 sudu kecil gula
1 sudu kecil serbuk lada hitam

CARA-CARA  :
  1. Didihkan air, celur mee sebentar dan toskan.
  2. Panaskan minyak, tumis bawang besar, bawang putih hingga naik bau.
  3. Masukkan tomato. Biarkan sehingga tomato hancur.
  4. Masukkan sos pasta Balognese dan sedikit air.
  5. Kacau dan biarkan seketika.
  6. Perasakan dengan sedikit garam, gula dan serbuk lada hitam.
  7. Masukkan meatballs, gaul bersama sos hingga rata.
  8. Tutup kuali dan biar mereneh seketika.
  9. Angkat dan hidang bersama mee.

Mee Meatball Balognese

Candy Kelapa

$
0
0

Candy Kelapa
By Kak Wan @ Resipicitarasawan

Bahan-bahan
500 gm kelapa parut putih
500 ml susu pekat manis 
350 gm gula pasir
2 sudu makan Minyak Sapi
Pewarna yang di sukai

Peralatan :  Loyang  atau coklat mould

Cara-cara :
  1. Masukkan Kelapa, Gula, dan Susu Pekat Manis dalam kuali tebal.
  2. Gaul rata dan kacau hingga mendidih.
  3. Tambahkan minyak sapi dan vanilla,  gaul rata.
  4. Apabila hampir kering, tambahkan pewarna yang di sukai.
  5. Masak atas api perlahan hingga adunan betul-betul kering dan tidak melekat di kuali.
  6. Biarkan adunan suam sedikit dan tekan ke dalam acuan hingga padat.
  7. Sejukkan dahulu sebelum di keluarkan dari acuan.
Candy Kelapa

Puding Raja

$
0
0

Puding Raja
By Kak Wan @ Resipicitarasawan

Bahan-bahan
2 sikat Pisang Lemak Manis separuh masak
1 sudu besar Minyak Sapi
Minyak untuk menggoreng

Kuah Kastard :

1 tin susu Sejat 
200 ml air
3 kuning telur
60 gm gula pasir
1 sudu teh esen vanila
1 sudu besar tepung kastard + 2 sudu besar air (larutkan)
sehelai daun pandan

Bahan Hiasan :
Gajus
Buah Prune di potong kecil
2 urat Jala Mas (diceraikan)
Ceri Merah dan Hijau

Cara-cara :
  1. Panaskan minyak, masukkan minyak sapi.
  2. Goreng pisang hingga keperangan.
  3. Toskan di atas tissu dapur.
  4. Kemudian goreng gajus hingga keperangan dan toskan.
Kuah Puding :
  1. Satukan semua bahan kecuali daun pandan.
  2. Whisk hingga gula larut.
  3. Tapiskan ke dalam periuk, masukkan daun pandan.
  4. Masak di atas api kecil hingga agak pekat. Keluarkan daun pandan.
  5. Susun pisang berlapis di dalam bekas.
  6. Taburkan sedikit jala mas, gajus, ceri merah dan hijau.
  7. Tuangkan kuah kastard di atasnya.

Resipi Jala Mas
10 biji Kuning Telur
2 helai Daun Pandan
1 cawan Gula Pasir
2 cawan Air

Cara-cara :

  1. Masak air, gula dan daun pandan hingga mendidih.
  2. Kocok kuning telur hingga hancur dan tapis.
  3. Masuk kan ke dalam acuan roti jala muncung satu.
  4. Picit dan liraikan bancuhan telur di atas air gula.
  5. Lipat jala mas dan toskan lebihan air gula.
Puding Raja

Kerabu Crabstik

$
0
0

KERABU CRABSTIK
By Kak Wan @ Resipicitarasawan

BAHAN-BAHAN :
10 Crabstik 
1 labu bawang besar
1 biji bunga kantan
2 batang serai, ambil bahagian putih
3 tangkai kacang panjang
1 ikat daun ketumbar
2 keping hirisan nanas
1 biji tomato, buang biji
Suhun - di goreng garing

DRESSING (SOS), campurkan

3 sudu besar sos ikan
5 sudu besar jus limau nipis
2 sudu besar air suam
4 tangkai cili padi, hiris halus
2 sudu besar gula
1 sudu kecil garam
2 sudu besar bawang putih cincang


PENYEDIAAN :
  1. Oven atau panggang tanpa minyak Crabstick dan potong2.
  2. Suhun di goreng garing. toskan.
  3. Bawang, serai, kacang panjang, tomato, nanas dan daun ketumbar di hiris halus.
  4. Gaulkan crabstik bersama kerabu dan sos.
  5. Hidang bersama suhun goreng.

Kerabu Crabstik

BIHUN SUP UTARA

$
0
0

BIHUN SUP UTARA
By Kak  Wan @ Resipicitarasawan

BAHAN-BAHAN
1 bungkus Bihun
1 keping Dada Ayam
1 kiub Pati Ayam
1 uncang Sup Bunjut
2 liter air
100 gm QL LOBSTER FLAVOUR BALL
100 gm QL MUSHROOM FISH BALL
100 gm QL CRAB FLAVOUR STICK
2 sudu kecil serbuk Lada Putih
2 sudu kecil Rempah Sup

BAHAN KISAR :
5 ulas Bawang Merah 
4 ulas Bawang Putih 
3 cm Halia 

BAHAN REMPAH KASAR :
2 batang Serai, di ketuk
1 batang kulit kayu manis
3 kuntum bunga lawang
3 biji buah pelaga
Minyak untuk menumis

SAMPINGAN :
Isi ayam yang di carik
Crabstik goreng
Bawang Goreng
Daun Sup / Daun Bawang
Lobak Masin
Limau Nipis / Kasturi
Cili Jeruk


PENYEDIAAN  :
Rendam Bihun dengan air panas dan serbuk kunyit.
Bila lembut, bilas dan toskan.
QL CRAB FLAVOUR STICK, di carik halus dan di goreng garing.

PENYEDIAAN SUP :
  1. Panaskan minyak, tumis bahan kisar dan rempah kasar hingga wangi.
  2. Masukkan uncang sup bunjut, serbuk lada putih dan rempah sup.
  3. Tumis hingga keperangan.
  4. Masukkan dada ayam, tumis hingga masak.
  5. Masukkan air, kiub pati ayam dan batang daun sup. 
  6. Keluarkan dada ayam, sejukkan sebentar dan carik2 isinya.
  7. Akhir skali masukkan semua bebola ikan QL MUSHROOM.
  8. Perasakan dengan garam secukup rasa.
  9. Hidang bersama Bihun, bahan2 sampingan dan sambal.

SAMBAL CILI :
10 tangkai cili padi merah
3 ulas bawang putih
1 sudu besar air asam jawa
1 sudu besar gula
Garam secukup rasa

Tumis cili dan bawang putih dengan sedikit minyak hingga layu.
Kisar kasar bersama air asam jawa, gula dan garam.

Bihun Sup Utara

Crab Rangoons

$
0
0

CRAB RANGOONS
By Kak Wan @ Resipicitarasawan

BAHAN-BAHAN :
1 paket kulit Wantan
Minyak  untuk menggoreng

BAHAN CREAM CHEESE :
250 gm Cream Cheese,  lembutkan
10 batang Crabsstik, cincang halus
3 tangkai daun bawang, potong kecil
2 ulas bawang putih, cincang halus
1/4 cawan Mayonis
1/2 sudu kecil garam
1/2 sudu besar jus limau nipis

PENYEDIAAN :
  1. Kacau Cream Cheese dengan senduk kayu hingga sebati.
  2. Masukkan Crabstik, daun bawang, bawang putih dan mayonis.
  3. Sebatikan dan perasakan dengan garam dan jus limau nipis.
  4. Ambil sekeping kulit wantan,  isikan 1 sudu kecil cream cheese di tengahnya.
  5. Sapu sedikit air di tepi kulit wantan.
  6. Tutup isian, cantumkan kulit wantan hingga melekat.
  7. Panaskan minyak dan goreng dengan api sedang hingga keperangan.
  8. Hidang bersama hummus kentang dan sos cili.

HUMMUS KENTANG :
1 biji kentang, rebus dan haluskan
1/4 cawan Rosted Sesame Mayonis
1 sudu  kecil serbuk lada hitam
1/2 sudu kecil garam
2 sudu besar minyak zaitun

PENYEDIAAN HUMMUS KENTANG :
Satukan semua bahan bersama rosted sesame mayonis, gaul sebati.

Crab Rangoons

Napoleon Pastry Cake

$
0
0

NAPOLEON PASTRY CAKE
By Kak Wan @ Resipicitarasawan

BAHAN-BAHAN :
2 keping Pastry Puff KAWAN (8x8in)
2 sudu makan Mentega cair

PENYEDIAAN :
  1. Potong pastry puffs 3in lebar x 8in panjang.
  2. Kemudian gelek sedikit hingga menjadi 9in panjang. (3x9in)
  3. Tusuk dengan garpu di beberapa tempat.
  4. Oven pada suhu 180C selama 25 minit atau keperangan.
  5. Sejukkan dahulu dan sapu mentega cair.
  6. Ambil garpu dan tekan sedikit pastry supaya leper.
KASTARD :
400 ml Susu Cair
80 gm Gula Halus
1 sudu teh Esen Vanilla
70 gmTepung Jagung
1 Kuning Telur
1 sudu makan Mentega
80 ml Non-Dairy Whipping

PENYEDIAAN :
  1. Satukan semua bahan kastard kecuali mentega dan non dairy whipping cream.
  2. Tapis ke dalam periuk, masak dengan api kecil hingga hampir pekat.
  3. Tutup api dan masukkan mentega, kalau hingga larut.
  4. Masuk ke dalam bekas dan tutup dengan plastik wrap.
  5. Putar Non-Dairy Whipping cream hingga kental.
  6. Kaup balik dengan kastard hingga rata.
  7. Masukkan ke dalam piping bag.

SWISSROLL :
Bahan A
3 biji kuning telur
75 gm gula kaster
50 ml air
40 ml minyak jagung / minyak masak
80 gm tepung gandum - ayak
1 sudu teh esen vanilla
Pewarna jika suka

Bahan B
3 biji putih telur
2 sudu teh gula kaster
1/8 sudu teh cream of tartar

Loyang 10 x 10" (di alas dan di gris)

PENYEDIAAN :
  1. Putar bahan B hingga kembang dan bertanduk. Ketepikan.
  2. Putar kuning telur dan gula hingga kembang di ikuti air, minyak, esen vanila dan tepung.
  3. Putar dengan kelajuan tinggi hingga putih dan gebu.
  4. Kaup balikkan dengan adunan B hingga bergaul rata.
  5. Tuang ke dalam loyang, ratakan dan hentakkan sedikit.
  6. Oven pada suhu 170C selama 10-15 minit.

CARA MENYEDIAKAN KEK :
  1. Alas dahulu dengan Plastik Wrap.
  2. Letak sekeping pastry puffs, picit kastard dan ratakan.
  3. Jika suka boleh tambah hirisan buah, parutan keju atau coklat.
  4. Ulangi untuk lapisan kedua.
  5. Untuk lapisan ketiga, salutkan seluruh pastry.
  6. Balut dengan plastik wrap dan simpan di dalam peti sejuk hingga keras.
  7. Sapu SwissRoll dengan susu pekat atau jem.
  8. Letakkan blok pastry di hujung dan gulung kemas.
  9. Simpan di dalam peti sejuk hingga set.
  10. Hias mengikut kesukaan.

Napoleon Pastry Cake

Kerabu Suhun Bersos Oren

$
0
0

Kerabu Suhun Bersos Oren
By Kak Wan @ Resipicitarasawan

Bahan-bahan :
200 gm Suhun (Glass Noddles)
50 gm udang kering, rendam air panas, tos
2 batang serai, hiris halus
1/2 labu bawang merah besar, hiris nipis
2 tangkai daun ketumbar, potong kasar
6 biji tomato ceri, potong
1/4 biji oren, potong kasar
1/4 cawan kacang tanah panggang

Bahan Sos Oren :
1/2 cawan YAKIN Sos Orange
1/4 cawan YAKIN Sos Garlic Chilli
1 sudu besar sos ikan
1/4 cawan jus oren
1 sudu besar parutan kulit oren
8 tangkai cili padi, potong kecil
3 ulas bawang putih, cincang
1 sudu kecil garam


Cara-cara :
  1. Celur Suhun dengan air panas sebentar, angkat dan siram air paip.
  2. Toskan dan potong suhun pendek2.
  3. Gaul bersama udang kering, bawang merah, daun ketumbar, tomato dan potongan buah oren.
  4. Satukan semua bahan sos oren dan gaul bersama suhun hingga rata.
  5. Hidang dengan taburan kacang tanah dan daun ketumbar.
Kerabu Suhun Bersos Oren

Minuman Blue Passion Fruit

$
0
0

Minuman Blue PassionFruit
By Kak Wan @ Resipicitarasawan

Bahan-bahan
1 botol air soda biru Moutain Dew
2 biji buah Markisa (Passion Fruit)
Ketulan ais secukupnya

Cara-cara :
Keluarkan isi Markisa bersama biji.
Masukkan ke dalam gelas dan ketulan ais.
Tuang soda biru dan kacau.
Minuman yang menyegarkan.


Minuman Blue Passion Fruit

Daging Masak Hitam Black Pepper

$
0
0



Mencari resipi yang lazat untuk memasak daging korban anda pada Hari Raya Haji kali ini? Cuba Daging Masak Hitam Black Pepper!

Hidangan ini dibuat menggunakan daging lembu yang dimasak di dalam kuah lada hitam bersama dengan bawang dan sayur-sayuran lain. Daging Masak Hitam Black Pepper adalah salah satu hidangan popular terutama semasa Hari Raya Haji.

Anda juga boleh cuba untuk masak Sup Ekor atau Rendang Daging bagi menghabiskan stok daging korban anda.

Bahan-bahan

Cara-cara

  1. Panaskan minyak masak dan goreng daging yang direbus dan dihiris nipis sehingga garing sedikit.

  2. Masukkan air rebusan daging bersama dengan SERI-AJI® Perencah Masak Lada Hitam ke dalam mangkuk, sebatikan dan tuangkan ke dalam periuk, dan biarkan ianya mendidih.

  3. Campurkan bawang kuning bersama lada benggala dan gaulkan sehingga sebati.

  4. Masukkan daun bawang yang dipotong mengikut bentuk dadu dan hidangkan bersama nasi panas.

Ajinomoto Malaysia mempunyai banyak lagi resipi yang simple dan sedapuntuk anda cuba.


BRIYANI IKAN TENGGIRI

$
0
0

BRIYANI IKAN TENGGIRI
By Kak Wan @ Resipicitarasawan

BAHAN-BAHAN :
8 ketul Ikan Tenggiri
1 sudu teh Serbuk Kunyit
1 sudu kecil Serbuk Cili
1/2 bungkus Pes Perencah Briyani MAGGI 
2 sudu makan Yogurt
1/4 cawan Susu Sejat
3 sudu makan Minyak Sapi
1 biji Bawang Besar, hiris
1 sudu makan Pes Bawang Putih dan Halia
2 tangkai Cili Hijau, dibelah dua
2 biji Tomato, cincang
3 tangkai Daun Pudina
3 tangkai Daun Ketumbar
Saffron atau Pewarna Oren

BAHAN NASI :
2 cawan Beras Basmati, rendam 20 minit
3 bunga Cengkih
3 buah Pelaga
1 sudu teh Biji Lada Hitam
2 helai Daun Bay
1 sudu kecil Minyak Masak

PENYEDIAAN :
1.  Gaul ikan dengan serbuk kunyit dan serbuk cili.
2.  Goreng hingga garing dan ketepikan.
3.  Panaskan minyak sapi, tumis bawang dan pes bawang putih halia hingga wangi.
4.  Masukkan Pes Perencah Briyani MAGGI, cili hijau dan tomato.
5.  Tambah yogurt dan susu sejat. Tumis hingga wangi dan pecah minyak.  
6.  Masukkan ikan dan gaul rata.  Ketepikan.
7.  Rebus bahan nasi hingga 3/4 masak.
8.  Toskan dan isi separuh nasi ke dalam periuk.
9.  Atur briyani ikan, tabur sedikit bawang goreng, daun pudina dan daun ketumbar. 
10. Lapis dengan baki nasi hingga rata.
11. Titiskan saffron, tabur bawang goreng, daun ketumbar dan daun pudina.
12. Masak dengan api perlahan hingga masak. 
13. Bila suam, gemburkan nasi supaya sekata. Hidang bersama Acar.


BAHAN ACAR :
1/2 batang Lobak Merah
1/2 batang Timun 
1/2 biji Bawang Besar
2 tangkai Cili Hijau
3 sudu makan Yogurt asli
1 sudu makan Mayonis
1 sudu kecil Gula
1/2 sudu kecil Garam
1 sudu makan perahan Jus Lemon

Potong sayuran dan cili, gaul bersama yogurt dan mayonis.
Tambah gula, garam dan perahan jus lemon, gaul rata.


Briyani Ikan Tenggiri

LAMB SHANK BRIYANI

$
0
0

LAMB SHANK BRIYANI
by Kak Wan @ Resipicitarasawan

BAHAN-BAHAN :
1 1/2 kg Betis Kambing
2 sudu makan pes Halia Bawang Putih
3 sudu makan Minyak Sapi
2 biji Bawang Besar, hiris
4 ulas Bawang Putih, hiris
1 in Halia, hiris
1 batang Kulit Kayu Manis
2 Bunga Lawang
6 biji Cengkih
4 biji Pelaga
1/2 bungkus Pes Perencah Briyani MAGGI
1 1/2 cawan Susu Sejat
2 cawan Air 
3 sudu makan Tomato Pes
1/2 keping Gula Melaka
2 sudu makan Kismis goreng
3 sudu makan Gajus goreng

BAHAN NASI :
2 cawan Beras Basmati, rendam 20 minit
3 bunga Cengkih
3 buah Pelaga
1 sudu teh Biji Lada Hitam
2 helai Daun Bay
1 sudu kecil Minyak Masak

GARNISH :
Bawang Goreng
Daun Ketumbar dan Pudina
Kismis dan Gajus Goreng

PENYEDIAAN : 
1.  Perap betis kambing dengan pes halia bawang putih selama 30 minit.
2.  Goreng setengah masak dan toskan.
3.  Panaskan minyak sapi, tumis bawang hiris, halia, kayu manis, bunga lawang, cengkih hingga wangi.
4.  Masukkan Pes Perencah Briyani MAGGI, tomato pes, gula melaka, gajus dan kismis.
5.  Tambah air secukupnya dan susu sejat.  
6.  Reneh hingga empuk dan kuah setengah pekat.  Ketepikan.
7.  Rebus Bahan Nasi 3/4 masak.  Toskan.
8.  Tabur nasi ke atas kambing tadi hingga rata.
9.  Titiskan saffron atau pewarna oren.
10. Tabur sedikit bawang goreng, daun pudina dan daun ketumbar.
11. Masak dengan api perlahan selama 15 minit.
12. Bila nasi suam, gemburkan perlahan2 hingga rata.
13. Hidang dengan taburan bawang goreng dan daun ketumbar.





LAMB SHANK BRIYANI

NASI BRIYANI AYAM

$
0
0

NASI BRIYANI AYAM :
By Kak Wan @ Resipicitarasawan

BAHAN NASI :
2 cawan Beras Basmathi, rendam 20 minit
3 biji pelaga
1 Bunga Lawang
4 biji Cengkih
1 sudu kecil biji Lada Hitam
2 hela Daun Bay
1 sudu kecil minyak

PERAPAN AYAM :
1 kg Ayam, potong besar
2 sudu makan Pes Halia dan Bawang Putih
1/2 cawan Yogurt Asli
1 mangkuk kecil Daun Ketumbar
1 mangkuk kecl Daun Pudina
2 Cili Hijau, patahkan
1/2 bungkus Pes Perencah Briyani MAGGI 
1 cawan Bawang Goreng
2 sudu makan Minyak
2 biji Tomato, cincang

2 sudu makan Minyak Sapi cair
1 sudu kecil Saffron, rendam dengan sedikit susu

PENYEDIAAN :
1.  Perap ayam bersama bahan perapan kecuali tomato cincang.
2.  Panaskan minyak, tumis tomato hingga lembut.
3.  Masuk perapan ayam, masak hingga ayam berubah warna.
4.  Reneh hingga kuahnya setengah pekat.  Ketepikan.
5.  Rebus bahan nasi 3/4 masak.  Toskan.
6.  Lapis separuh nasi di dasar periuk.
7.  Atur Briyani Ayam di atasnya.
8.  Lapis baki nasi hingga rata. Siram dengan minyak sapi dan saffron.
9.  Tabur bawang goreng dan daun ketumbar.
10. Masak dengan api pelahan selama 15 minit.
11. Biar nasi sedikit suam sebelum di gemburkan.





NASI BRIYANI AYAM

NASI BRIYANI TELUR

$
0
0

NASI BRIYANI TELUR
By Kak Wan @ Resipicitarasawan

BAHAN-BAHAN :
8 biji Telur rebus
1 sudu kecil serbuk Cili
1/2 sudu kecil serbuk Kunyit
3 sudu makan Minyak Sapi
1/2 bungkus Pes Perencah Briyani MAGGI
4 biji Pelaga
6 biji Cengkih
2 bunga Lawang
1 biji Bawang Besar, hiris 
3 ulas Bawang Putih, hiris
2  biji Tomato, cincang
2  tangkai Cili Hijau, patahkan
3 cawan Air
1/2 cawan Susu Sejat
3 cawan Beras Basmati, rendam 20 minit
1 sudu kecil Saffron, rendam dengan sedikit susu
1/2 cawan Daun Pudina
1 cawan Bawang Goreng

PENYEDIAAN :
1.  Cucuk telur dengan garpu di beberapa tempat.
2.  Panaskan minyak sapi, tumis bawang, pelaga, cengkih dan bunga lawang hingga wangi.
3.  Masukkan tomato, cili hijau dan Pes Perencah Briyani MAGGI.
4.  Gaul rata dan masukkan telur rebus, serbuk cili dan serbuk kunyit.
5.  Alihkan ke periuk nasi letrik, masukkan beras, briyani telur, air dan susu sejat.
6.  Masak hingga nasi mengering dan titiskan saffron.
7.  Tabur dengan daun pudina dan bawang goreng.
8.  Biarkan seketika, kemudian gemburkan nasi hingga sekata.




NASI BRIYANI TELUR

AYAM GORENG BRIYANI

$
0
0

AYAM GORENG BRIYANI
By Kak Wan @ Resipicitarasawan

BAHAN-BAHAN :

1 ekor Ayam, potong
2 sudu makan Tepung Jagung
2 sudu makan Pes Perencah Briyani MAGGI
1/2 sudu makan Serbuk Kunyit
1/2 sudu makan Serbuk Cili
3 sudu makan Yogurt asli
6 batang Serai
1 inci Halia


PENYEDIAAN :
1.  Tumbuk serai dan halia, kemudian perah airnya.
2.  Gaul bersama ayam dan bahan2 lain hingga mesra.
3.  Perap selama 30 minit.
4.  Asingkan ayam dan bumbu nya.
5,  Goreng ayam hingga keperangan.
6.  Kemudian goreng bumbu nya hingga garing.
7.  Hidangkan bersama nasi briyani atau nasi putih.




AYAM GORENG BRIYANI


NASI BRIYANI KELANTAN

$
0
0

NASI BRIYANI KELANTAN
By Kak Wan @ Resipicitarasawan

BAHAN-BAHAN :

1 ekor Ayam, potong 8
3 cawan Beras Basmathi, rendam 20 minit.
3 cawan Air
1/2 cawan Susu Sejat
1/2 paket Pes Perencah Briyani MAGGI
2 sudu kecil Serbuk Cili
1 sudu kecil Serbuk Kunyit
3 sudu besar minyak sapi

BAHAN TUMIS :
3 ulas bawang merah, hiris
2 ulas bawang putih, hiris
1/2 inci halia, hiris
3 batang akar ketumbar
1 kulit kayu manis
1 bunga lawang
2 helai daun bay
3 biji pelaga
3 biji bunga cengkih

PENYEDIAAN :
1.  Panaskan minyak sapi, tumis bahan tumis hingga wangi.
2.  Masukkan Pes Perencah Briyani MAGGI, air dan akar ketumbar.
3.  Bila mendidih, masukkan ayam.  Rebus hingga ayam setengah masak.
4.  Keluarkan ayam dan toskan.  Ketepikan hingga sejuk.
5.  Masukkan air rebusan ayam ke dalam periuk nasi letrik.
6.  Masukkan beras dan susu sejat, gaul rata.
7.  Bila nasi mengering, titiskan saffron atau pewarna oren.
8.  Tutup periuk dan biarkan seketika.
9.  Gemburkan nasi perlahan-lahan supaya tidak patah.
10. Gaul ayam dengan serbuk cili dan serbuk kunyit.
11. Goreng hingga garing.
12. Hidang bersama nasi briyani, bawang goreng, dan sos.

SOS CILI MERAH :
3 tangkai cili merah
6 tangkai cili padi
3 ulas bawang putih
1 /4 cawan cuka
3 sudu besar gula
1 sudu kecil garam

Kisar dan masak hingga mendidih, Sejukkan dahulu.

SOS CILI HIJAU :
5 tangkai cili hijau
6 ulas bawang putih
1/2 cawan daun pudina
1/2 cawan daun ketumbar
1/4 cawan gula
1/4 cawan cuka
1 sudu kecil garam

Kisar semua bahan hingga halus. Tidak perlu di masak.






NASI BRIYANI KELANTAN

Boba Teh Tarik Cham Burnt Cheese Cake

$
0
0

BOBA TEH TARIK CHAM BURNT CHEESE CAKE 
By Kak Wan @ Resipicitarasawan

BAHAN-BAHAN :
350 gm Cream Cheese
80 ml Susu Pekat Manis 
50 ml bancuhan Teh Tarik 
70 ml Dairy Whipping Cream
30 gm Gula Perang 
3 Telur Besar 
1 sudu besar Tepung Jagung 

BANCUHAN TEH :
100 ml Air 
4 sudu makan Teh serbuk atau uncang 
1 sudu kecil Nescafe atau kopi segera

Masak bancuhan teh hingga mendidih, tapis dan sejukkan.
Ketepikan 50ml untuk Cheesecake

BOBA :
5 cawan Air 
1/3 cawan BOBA (sedia guna)
1/2 cawan Sirap Gula Melaka 

Rebus Boba hingga lembut.  Siram dengan air sejuk dan tapis.
Gaul bersama sirap dan rehatkan 10 minit hingga sirap menyerap.

PENYEDIAAN CHEESE CAKE :
  1. Panaskan Oven pada suhu 200C.
  2. Lembutkan Cream Cheese pada suhu bilik hingga lembut.
  3. Putar cream cheese dan gula hingga sebati dan berkrim.
  4. Masukkan susu pekat dan bancuhan teh, gaul sebati.
  5. Masukkan telur, whiping cream dan tepung jagung.
  6. Putar perlahan hingga adunan menjadi sebati.
  7. Tuang dalam loyang bulat 5 inci yang di alas baking paper.
  8. Oven pada suhu 200C selama 35 minit.
  9. Simpan di dalam chiller semalaman.
  10. Keluarkan dari loyang dan hidang dingin bersama Boba.

Boba Teh Tarik Cham Burnt Cheese Cake

KARIPAP TUNA HASH BROWN

$
0
0

KARIPAP TUNA HASHBROWN
By Kak Wan @ Resipicitarasawan

BAHAN-BAHAN :
8 keping Mission Onion & Chive
2 keping Simplot Hash Brown, haluskan
1 tin kecil tuna Ayambrand, tos dan haluskan
1/2 labu bawang holland, hiris 
1 sudu besar cili kisar
2 tangkai cili padi, potong kecil
2 tangkai daun sup, potong kecil
1/2 sudu kecil garam
2 biji telur rebus, belah 4 setiap satu
2 sudu besar minyak

Pelekat :  gaul sebati
2 sudu besar tepung gandum
3 sudu besar air

Sapuan :
1 kuning telur, kacau dan tambah 1 sudu kecil susu cair

PENYEDIAAN : 
  1. Panaskan minyak, tumis bawang hiris dan cili kisar hingga layu.
  2. Masukkan hash brown dan cili padi, kacau rata.
  3. Masukkan tuna dan garam, gaul rata.
  4. Masukkan daun sup, gaul dan angkat.
  5. Potong wrap bulat dia. 6 inci.
  6. Letak sehiris telur rebus dan inti di tengahnya.
  7. Sapu kelilingnya dengan pelekat.
  8. Tutup kemas dan tekan keliling tepinya dengan garpu.
  9. Letakkan ke atas dulang pembakar.
  10. Sapu permukaan karipap dengan kuning telur.
  11. Oven selama 10 minit pada suhu 160c atau hingga kekuningan.

KARIPAP TUNA HASH BROWN





NASI BRIYANI DAGING

$
0
0

NASI BRIYANI DAGING
By Kak Wan @ Resipicitarasawan

BAHAN-BAHAN :
1 kg Daging Lembu, dipotong
5 kuntum bunga cengkih
4 kuntum buah pelaga
1 batang kayu manis
2 biji Bawang besar, di cincang
3 sudu besar Minyak Sapi
1/2 bungkus Pes Perencah Briyani MAGGI
1/2 cawan Bawang goreng
1 sudu makan Tomato Puree
2 biji Tomato, cincang
1/2 cawan Susu cair
2 sudu makan Kismis goreng
3 sudu makan Gajus goreng

BAHAN KISAR :
4 ulas bawang putih
2 inci halia
4 tangkai cili hijau
4 tangkai cili merah

BAHAN NASI :
2 cawan Beras Basmati, rendam 20 minit
3 bunga Cengkih
3 buah Pelaga
1 sudu teh Biji Lada Hitam
2 helai Daun Bay
1 sudu kecil Minyak Masak


CARA PENYEDIAAN :
1.   Perap daging bersama bahan kisar selama 30 minit.
2.   Panaskan minyak sapi, tumis bawang, kayu manis, pelaga, lawang dan cengkih hingga naik bau. 
3.   Masukkan Pes Perencah Briyani MAGGI dan gaul rata.
4.   Masukkan daging, tomato puree, tomato hiris, bawang goreng dan sedikit daun ketumbar. 
5.   Masukkan sedikit air dan susu cair. 
6.   Masak hingga daging empuk dan kuah setengah pekat.  Ketepikan.
7.   Rebus bahan nasi 3/4 masak.  Toskan.   
8.  Taburkan nasi tadi ke atas daging.
9.  Titiskan saffron atau pewarna oren.
10. Tabur kismis, bawang goreng, daun ketumbar dan gajus.
11. Masak dengan api perlahan selama 15 minit.
12. Bila nasi suam, gemburkan perlahan-lahan.


 NASI BRIYANI DAGING


DRUMSTIK AYAM OATS SOS CHIMICHURRI

$
0
0

DRUMSTIK AYAM OATS SOS CHIMICHURRI
By Kak Wan @ Wan Resipi

BAHAN-BAHAN:
6 ketul Paha Ayam (Drumstik)
2 sudu besar Bawang Putih cincang
2 sudu besar Minyak Zaitun
2 sudu teh Garam
1 sudu teh Gula
1 sudu teh Mustard
4 cawan QUAKER Rolled Oats, ramas kasar
2 biji telur, pukul sedikit
1 cawan Tepung Ayam Goreng

Renjisan : Minyak Sawit Merah atau Minyak Zaitun

CARANYA:
Bersihkan ayam dan toskan.
Gaul bersama bawang cincang, minyak zaitun, mustard, gula dan garam
Perap selama 1 jam di dalam peti sejuk.
Celup ayam ke dalam tepung, goncangkan lebihan tepung.
Kemudian celup dengan telur.
Gulingkan ke atas QUAKER Rolled Oats hingga bersalut rata.
Letak di atas dulang pembakar yang di alas aluminium foil.
Renjiskan minyak zaitun ke atas salutan oats.
Oven atau Airfryer hingga keperangan.
Curahkan atasnya dengan sos Chimichurri.

SOS CHIMICHURRI 
1/2 cawan Minyak Zaitun
2 sudu besar Cuka Makan
2 sudu besar hirisan Daun Limau Purut
2 sudu besar Bawang Merah cincang
1/4 cawan hirisan daun Parsley
4 ulas Bawang Putih, cincang
2 tangkai Cili Padi atau Cili Merah
1 sudu kecil Garam
1/2 sudu kecil Gula

CARANYA:
Satukan bahan sos dan gaul rata.
Rehatkan selama 5-10 minit untuk mengeluarkan aromanya.
Hidang bersama paha ayam.

DRUMSTIK AYAM OATS SOS CHIMICHURRI




Latest Images