Biskut Red Velvet White Chocolate Chips Cookies
Olahan dari : Cookingclassy.com
Bahan-bahan
200gm mentega
30gm shortening
220gm gula pasir
1 biji telur A
300gm tepung gandum
20gm serbuk koko
50gm tepung jagung
3/4 sudu kecil baking soda
1/4 sudu teh garam halus
1 sudu kecil cuka makan
1 sudu kecil esen vanila
1 sudu kecil serbuk pewarna merah (bright red)
100gm coklat chips putih
Hiasan : Coklat chips putih secukupnya.
Cara-cara :
1. Pukul mentega, shortening dan gula hingga berkrim. Masukkan telur, esen vanila, cuka dan serbuk pewarna. Putar hingga rata dan sebati.
2. Ayak tepung, serbuk koko, baking soda dan garam. Masukkan coklat chips dan gaul bersama adunan mentega hingga menjadi doh yang lembut.
3. Ambil sedikit adunan dan tekan dengan beberapa biji coklat chips di atasnya. Jaraknya kerana biskut mengembang.
4. Bakar di dalam oven yang di panaskan dahulu pada suhu 150C selama 15-20 minit.
5. Sejukkan dahulu sebelum di simpan dalam bekas kedap udara.
Biskut Red Velvet White Chocolate Chips Cookies