Quantcast
Channel: Resipi Citarasawan
Viewing all 1312 articles
Browse latest View live

Semperit Susu Dahlia

$
0
0

Semperit Susu Dahlia
By Kak Wan @ Resipicitarasawan

Bahan-bahan
250 Buttercup
1/2 cawan gula icing
1/2 cawan susu pekat
1/2 cawan tepung kastard
400gm tepung jagung
1 sudu besar tepung ubikayu
1 sudu kecil esen vanila

Cara-cara :
  1. Gaul buttercup dan gula icing dengan senduk kayu hingga sebati.
  2. Masukkan susu pekat dan esen vanilla, gaul rata.
  3. Masukkan tepung kastard dan tepung ubi gaul sebati.
  4. Masukkan tepung jagung sedikit-sedikit hingga mendapat doh yang lembut dan tidak melekat di jari.
  5. Tekan adunan menggunakan acuan samperit di atas loyang yang di alas kertas minyak/baking paper.
  6. Biarkan selama 1 jam di bawah kipas angin supaya bunga tidak jatuh / kembang selepas bakar.
  7. Panaskan oven pada suhu 160c dan bakar selama 25 min api atas bawah atau mengikut oven masing-masing.

Semperit Susu Dahlia

Kek Buah Kukus Terbaik

$
0
0

Kek Buah Kukus Terbaik
By Kak Wan @ Resipicitarasawan

Bahan-bahan
300 gm gula pasir
250 gm mentega asli
400 gm mixed fruit, cuci dan toskan hingga kering
100 gm ceri merah dan hijau, biarkan sebiji2
3 biji telur grade A
60 ml air panas
350 gm tepung gandum
2 sudu teh soda bicarbonate
1/2 sudu teh cream of tartar
1 sudu teh esen vanilla
1 sudu teh serbuk buah pala

Loyang 7 atau 8in di leser mentega

Cara-cara :
  1. Ayak tepung, baking soda, cream of tartar dan campurkan serbuk buah pala (nutmeg).
  2. Masukkan gula ke dalam periuk atau kuali tebal, masak dengan api sederhana.
  3. Jangan mengacaunya, goyangkan periuk ke kiri kanan sehingga gula mencair sekata dan berubah keperangan.
  4. Tutup api dan masukkan air panas di tepi periuk supaya tidak terpercik.
  5. Kacau hingga gula larut, masukkan mentega dan kacau hingga mentega cair.
  6. Masukkan mixed fruit, gaul rata dan masak sekejap atas api.
  7. Bila suam, kaup balikkan tepung dan rempah.
  8. Pukul telur bersama esen vanilla hingga berbuih.
  9. Masukkan ke dalam adunan sedikit demi sedikit, gaul hingga sebati.
  10. Masukkan ke dalam loyang dan ratakan.
  11. Tutup loyang dengan aluminium foil dan kukus selama 2 jam atau lebih.


Kek Buah Kukus Terbaik

Kek Mentega Pelangi

$
0
0

Kek Mentega Pelangi
By Kak Wan @ Resipicitarasawan

Bahan-bahan
330 gm mentega atau buttercup
200 gm gula kaster
3 sudu besar susu pekat manis
5 biji telur A
2 sudu teh esen vanila
3 sudu besar susu cair
300 gm tepung gandum
2 sudu teh baking powder

6 jenis pewarna dan piping bag
Lapisan 1 - Ungu
Lapisan 2 - Biru
Lapisan 3 - Hijau
Lapisan 4 - Kuning
Lapisan 5 - Oren
Lapisan 6 - Merah

Loyang Bundt atau loyang 9 in, oles marjerin dan tabur sedikit tepung

Cara-cara :
  1. Putar mentega dan gula hingga putih dan gebu.
  2. Masukkan susu pekat, esen vanila dan putar sebati.
  3. Masukkan telur satu persatu dan putar hingga rata.
  4. Masukkan tepung dan susu cair berselang seli dan putar sebati.
  5. Bahagikan adunan kepada 6 bahagian yang sama banyak.
  6. Beri pewarna setiap satu dan masukkan ke dalam piping bag.
  7. Picit lapisan 1 secara lingkaran ke dalam loyang.
  8. Kemudian tindihkan lapisan 2 dan seterusnya hingga habis.
  9. Hentaknya loyang beberapa kali hingga adunan rata.
  10. Bakar pada suhu 175C selama 35-40 minit atau hingga masak.
  11. Sejukkan kek dahulu sebelum di potong.


Glaze
1 cawan gula aising
2 sudu besar jus lemon
2 sudu besar susu cair

Putar glaze hingga rata, jika pekat boleh tambahkan susu cair dan siram ke atas kek.
Tabur dengan manik berwarna atau coklat jika suka.

Kek Mentega Pelangi



Bingka Kacang Merah Sirap Rose

$
0
0

Bingka Kacang Merah Sirap Rose
By Kak Wan @ Resipicitarasawan

Bahan-bahan
2 cawan kacang merah rebus
1 1/2 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung beras
1 cawan air
2 cawan santan kotak
1 cawan gula
2 biji telur
1/2 sudu teh garam
1 sudu besar sirap rose
Sedikit bijan untuk hiasan

3 loyang kemboja atau loyang 9in (leser dengan minyak)

Cara-cara :
  1. Satukan semua bahan di dalam mangkuk besar kecuali kacang rebus dan bijan.
  2. Whisk hingga sebati dan tapis atau boleh juga di blend dengan pengisar.
  3. Gaul rata dan masak sebentar hingga naik wap.
  4. Bila adunan bahagian bawah sedikit berketul, tutup api dan whisk hingga rata.
  5. Masukkan kacang merah dan gaul sebati.
  6. Panaskan loyang di atas dapur gas hingga minyak berdesir.
  7. Tutup api dan tuang adunan hingga penuh.  Tabur atasnya dengan bijan.
  8. Masak sebentar dengan api kecil selama 5 minit.
  9. Panaskan oven pada suhu 175C, alihkan loyang ke dalam oven.
  10. Bakar selama 50 minit api atas bawah dan tambah 5 minit lagi untuk garingkan bahagian atas.
  11. Biarkan betul2 sejuk barulah di potong.

Bingka Kacang Merah Sirap Rose

Satay Lilit Ayam

$
0
0

Satay Lilit Ayam
By Kak Wan @ Resipicitarasawan

Bahan-bahan 
300 gram isi ayam kisar
200 gram isi udang kisar
2 sudu besar santan pekat
1 sudu teh garam
1 sudu teh gula pasir
1 sudu besar pati ayam KNORR
2 helai daun limau purut, hiris halus
15 batang serai untuk tusukan

Bahan Tumis (Kisar)
3 tangkai cili merah
2 ulas bawang putih
3 ulas bawang merah
1 cm kunyit, di bakar dahulu
1 biji buah keras, di bakar dahulu
1/2 sudu teh serbuk ketumbar
1 sudu teh serbuk belacan
3 sudu besar minyak untuk menumis

Cara-cara :
  1. Kisar bahan tumis hingga halus.  Kemudian tumis hingga naik bau.  
  2. Angkat dan biarkan sejuk dulu.
  3. Gaulkan bersama isi ayam dan udang kisar, hirisan daun limau, serbuk pati ayam, garam dan gula hingga rata.
  4. Ambil sedikit aduan dan lilitkan di batang serai.
  5. Bakar dalam non-stick pan yang telah dipanaskan dengan sedikit minyak hingga masak.
  6. Balut dahulu hujung batang serai dengan aluminium foil untuk mengelakkannya hangus.

Kuah Lemak Telur Asin
3 ulas bawang putih, cincang halus
3 hiris halia, hiris halus
6 tangkai cili padi, hiris
4 tangkai daun kari, lurut daunnya
2 biji kuning telur masin, hancurkan
1 cawan santan pekat
1 cawan susu cair
1 sudu kecil serbuk pati ayam KNORR
1/2 sudu kecil gula
1/4 sudu kecil garam
1 sudu besar minyak masak
2 sudu besar mentega

Cara-cara :
  1. Panaskan minyak dan mentega, tumis bawang putih, halia, cili dan daun kari hingga naik bau.
  2. Masukkan kuning telur masin dan kacau hingga hancur.
  3. Tuang santan, susu cair, perasakan dengan serbuk pati ayam, gula dan garam.
  4. Biarkan mendidih sebentar dan kuah hampir pekat.  
  5. Apabila masak, siram kuah lemak ke atas satay lilit.

Satay Lilit Ayam

Kek Pisang Moist

$
0
0

Kek Pisang Moist
By Kak Wan @ Resipicitarasawan
Sumber :  Mariana Zainal

Bahan-bahan
3 biji pisang berangan /7 biji pisang mas, potong
3/4 cawan gula kastor
4 biji telur gred A
1 cawan minyak masak
1 sudu besar jus lemon / limau nipis
Secubit garam..

Bahan Ayak
1 1/2 cawan tepung gandum
1 sudu kecil baking soda
1 sudu kecil baking powder

Hiasan :  Potongan pisang di hiris tebal supaya tidak tenggelam

Loyang 8 x 8 (tebal) atau 10 x 10 (nipis)
- Leser mentega dan alas baking paper

Cara-cara :
  1. Satukan minyak, telur, gula dan garam ke dalam pengisar.
  2. Kisar selama 5 - 6 minit.  Masukkan pisang, jus lemon dan kisar sekejap saja.
  3. Satukan bahan ayak dalam bekas, tuang bahan kisar dan whisk hingga sebati.
  4. Panaskan oven 10 minit, suhu 150C api atas dan bawah.
  5. Tuang adunan ke dalam loyang dan susun hirisan pisang.
  6. Bakar selama 50 minit atau hingga masak.


Nota :  Untuk kek lebih tahan lama, tak perlu letakkan hirisan pisang.
Kek boleh juga di kukus selama 1 jam.
Kek Pisang Moist

Kam Hiong Udang Karipoley

$
0
0

Kam Hiong Udang Karipoley
By Kak Wan @ Resipicitarasawan

Bahan-bahan
1/2 kilo udang sederhana
1 cawan tepung ubi
Minyak untuk menggoreng

Cara-cara :
  1. Cuci udang, belah belakang dan toskan di atas tisu dapur hingga kering.
  2. Kemudian gaulkan di dalam tepung hingga bersalut rata. 
  3. Panaskan minyak dan goreng sebentar hingga tepung keperangan.
  4. Tos dan ketepikan dulu.
Pes Kari Kam Hiong
4 sudu besar serbuk kari ikan
3 sudu besar sos tiram
1 sudu besar sos tomato
2 sudu besar sos cili
2 sudu besar kicap Lea & Perrins
2 sudu besar kicap sotong
1/2 cawan air
1 sudu besar serbuk pati ayam KNORR

Satukan semua bahan pes hingga sebati,  Ketepikan.

Bahan Tumis
4 ulas bawang merah, cincang halus
3 sudu besar udang kering, rendam dan toskan
2 batang serai, hiris halus
4 ulas bawang merah, hiris kasar
4 tangkai cili padi hijau, hiris halus
2 tangkai daun kari, lurut daunnya
4 sudu besar minyak bawang putih

Cara-cara :
  1. Tumis bawang merah cincang, serai dan udang kering hingga naik bau.
  2. Kemudian masukkan bawang hiris kasar, cili padi dan daun kari, tumis sebentar.
  3. Masukkan pes Kari Kam Hiong, tumis sekejap dan kacau hingga bergaul rata.
  4. Akhir sekali masukkan udang yang di goreng dan gaul rata.
  5. Sedia di hidang.

Kam Hiong Udang Karipoley 

Rendang Pedas Ikan Tongkol

$
0
0

Rendang Pedas Ikan Tongkol
By Kak Wan @ Resipicitarasawan

Bahan-bahan
1 ekor ikan tongkol sederhana, potong tebal 1/2 in
1 biji limau nipis
1 helai daun kunyit, hiris halus
1 sudu besar gula melaka cincang
sedikit garam
2 keping asam gelugor
2 1/2 cawan santan sederhana pekat

Bahan kisar
4 ulas bawang merah
2 batang serai
5 biji cili padi
1 sudu besar cili kering kisar
1/2 in kunyit hidup

Cara-cara :
  1. Cuci ikan dan perah jus limau nipis untuk hilangkan bau hanyir. 
  2. Dalam periuk satukan santan dan bahan kisar.  Masak hingga mendidih.
  3. Masukkan ikan, gula melaka dan asam gelugor, masak dengan api perlahan.
  4. Apabila kuah hampir pekat, masukkan garam dan daun kunyit.
  5. Gaul rata dan sedia di hidang.

Rendang Pedas Ikan Tongkol


Sushi Mudah

$
0
0

Sushi Mudah
By Kak Wan @ Resipicitarasawan

Bahan-bahan
2 cawan beras jepun
2 1/2 cawan air
4 sudu besar cuka makan
2 sudu besar gula kaster
1 sudu kecil garam

Bahan Isi, di hiris memanjang
Telur Dadar
Avocado
Timun jepun
Carrot
Crabstick
Salad
Kepingan Nori

Bamboo Mat untuk mengulung
spatula plastik
1 mangkuk air

Cara-cara :
  1. Satukan cuka, gula dan garam, gaul rata.  Ketepikan.
  2. Cuci beras dan masak seperti nasi biasa. 
  3. Apabila masak gaulkan dengan larutan cuka tadi hingga rata.
  4. Letakkan kepingan nori di atas bamboo mat.
  5. Celup tangan dalam mangkuk air supaya nasi tidak melekat. 
  6. Ratakan nasi ke atas kepingan nori, leperkan dengan spatula.
  7. Kosongkan 1/2 in bahagian di hujung kepingan nori supaya isinya tidak terkeluar.
  8. Susun hirisan telur, avocado, carrot, timun, crabstick dan salad, gulung hingga padat.
  9. Potong dan sedia di hidang.


Sushi Mudah

Kepingan Keju Pastry Puffs

$
0
0

Kepingan Keju Pastry Puffs
By Kak Wan @ Resipicitarasawan

Bahan-bahan
1 paket KAWAN pastry puffs 5x5in
250 gm krim keju Tatura
4 sudu besar gula aising
100 ml non-diary whipping cream
1 sudu kecil esen vanila

Buah-buahan strawberry, blueberry, cerry atau yang di sukai

Cara-cara :
Potong kepingan pastry puffs kepada 2 kepingan setiap satu.

Susun di atas dulang pembakar dan tekan supaya mampat.
Cucuk permukaan dengan garpu.
Bakar pada suhu 175C sehingga permukaan puffs keperangan.
Keluarkan dari oven dan sejukkan dahulu.
Sementara itu putar non dairy whiping cream hingga kental.  Ketepikan.
Dalam bekas lain, putar krim keju, esen vanila dan gula aising hingga sebati.
Masukkan whipping cream sedikit demi sedikit dan kaup balik hingga sebati.
Masukkan adunan keju ke dalam piping bag.

Picit ke atas kepingan puffs dan hias dengan buah-buahan yang di sukai.

Nota :  Tujuan mampatkan pastry puffs supaya ianya tidak terlalu kembang dan mengelembung.


Kepingan Keju Pastry Puffs


Bingka Durian

$
0
0

Bingka Durian
By Kak Wan @ Resipicitarasawan

Bahan-Bahan
2 cawan tepung gandum
3/4 cawan gula
3 biji telur B
1 cawan santan pekat atau santan kotak
2 1/4 cawan air
1/2 sudu kecil garam
1 1/2 cawan isi durian
pewarna kuning
sedikit bijan

3 Loyang kemboja atau Loyang 9x9in, oles dengan mentega

Cara-cara :
  1. Panaskan oven pada suhu 200C. Ketepikan...
  2. Satukan bahan-bahan diatas kecuali isi durian, kacau dengan whisk hingga bergaul rata.
  3. Masukkan ke dalam blender dan kisar sebentar.
  4. Tuangkan ke dalam bekas dan gaul bersama isi durian hingga sebati.
  5. Oles loyang dengan minyak atau mentega di atas api dapur hingga panas.
  6. Perlahankan api dan tuang adunan hingga penuh.
  7. Tabur atasnya dengan bijan. 
  8. Alihkan loyang ke dalam oven dan bakar api atas dan bawah selama 45 minit.
  9. Untuk permukaan lebih garing, bakar selama 10 minit lagi dengan api atas saja.
  10. Biarkan kuih betul-betul sejuk sebelum di potong.


Bingka Durian

Apple Crumble Tart

$
0
0

Apple Crumble Tart
By Kak Wan @ Resipicitarasawan

Bahan Kulit Pastri
240 gm tepung gandum
40 gm cornflakes kisar halus
170 gm mentega sejuk, potong kecil
2 sudu makan gula aising
2 sudu makan air ais

Cara-cara :
Gaul tepung dan mentega dengan hujung jari hingga menjadi serbuk roti.
Masukkan gula aising dan gaul sebati.
Masukkan air ais dan uli hingga menjadi doh yang lembut.
Bungkus doh dengan plastik wrap dan simpan 30 minit dalam peti sejuk.

Bahan Inti Apple
5 biji apple hijau
2 sudu besar jus lemon
secubit garam
2 sudu besar mentega
1/2 sudu teh serbuk kayu manis
1 sudu besar parutan kulit lemon
4 sudu besar kismis
1 sudu besar tepung jagung

Cara-cara :
Kupas dan potong buah apple menjadi dadu kecil.
Panaskan mentega dan gula.
Masukkan potongan apple, parutan kulit lemon dan kismis gaul rata.
Tambahkan garam, serbuk kayu manis dan tepung jagung.
Masak hingga epal menjadi lembut dan hampir pekat.
Tambahkan jus lemon dan gaul sebati.
Angkat dan sejukkan.

Bahan Crumble
80 gm tepung gandum
50 gm mentega tanpa garam
40 gm gula perang

Cara-cara :
Gaulkan semua bahan sehingga menjadi seperti serbuk roti.
Simpan sebentar di dalam peti sejuk.

Penyediaan :
  1. Canai doh kulit tart sederhana nipis,
  2. Masukkan ke dalam acuan tart yang di sapu mentega.
  3. Tekan doh ke dalam acuan dengan kemas supaya melekat dengan sempurna.
  4. Trim lebihan doh di bahagian atas, cucuk dasarnya dengan garpu.
  5. Bakar di dalam oven pada suhu 175C selama 15 minit.
  6. Angkat dan sejukkan sebentar.
  7. Isi inti apple ke dalam kulit tart hingga penuh.
  8. Tabur crumble hingga menutupi inti.
  9. Bakar semula pada suhu 190C selama 15 minit atau hingga kulit dan crumble keperangan.
  10. Enak di makan bersama aiscream atau begitu saja.

Apple Crumble Tart

Ondeh-Ondeh Durian

$
0
0

Ondeh-Ondeh Durian
By Kak Wan @ Resipicitarasawan

Bahan-bahan
4 ulas isi durian di lecek halus
1 cawan tepung pulut
1/4 sudu teh garam
3-4 sudu besar air
1 keping gula melaka, racik kecil

1 cawan kelapa parut muda, gaul sedikit garam

Cara-cara :
  1. Satukan isi durian, tepung pulut dan garam, gaul hingga rata.
  2. Tambahkan air sedikit sedikit dan uli menjadi doh yang lembut.
  3. Ambil doh sebesar ibu jari, leperkan dan isi ketulan gula melaka.
  4. Bulatkan dan masak di dalam air mendidih hingga timbul.
  5. Angkat, toskan dan golek ke dalam kelapa parut.
  6. Sedia di hidang.

Ondeh-Ondeh Durian

Takoyaki

$
0
0

Takoyaki 
By Kak Wan @ Resipicitarasawan

Bahan Isi
100gm sotong kurita /sotong/udang - di potong kecil
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar sos okonomoyaki
beberapa titik minyak bijan
sedikit pewarna merah

Cara-cara :
Celur sotong atau udang sebentar, masukkan ke dalam air ais.
Toskan, gaul bersama bahan yang lain.
Masak di atas api sederhana hingga hampir kering.  Angkat dan ketepikan.

Bahan Adunan Batter
1 cawan tepung gandum
3 sudu besar tepung jagung
1 biji telur B
1 cawan susu segar
3/4 cawan air atau air rebusan kulit udang
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh serbuk pati ikan bilis
1 sudu teh garam

Sampingan
Bonito Flakes
Mayonis
Sos Okonomoyaki
Nori halus
Isi udang/crab stik/sosej/isi ayam atau cheese
Daun bawang/Kobis di hiris halus
Minyak untuk meleser acuan
2 batang lidi satay

Acuan Tako


Cara-cara :
  1. Satukan semua bahan batter dan kisar sekejap dengan blender. 
  2. Tapis dan tuang ke dalam jug kecil supaya senang menuang.
  3. Rehatkan adunan selama 15 minit..
  4. Panaskan acuan tako, leser dengan sedikit minyak.
  5. Tuang 1/2 adunan, masukkan bahan isi dan taburkan dengan hirisan kobis atau daun bawang.
  6. Kemudian penuhkan acuan hingga melimpah biarkan seketika.
  7. Kikis lebihan adunan ke dalam acuan kemudian balikkan dengan 2 batang lidi satay.
  8. Letakkan sedikit minyak untuk mengaringkan tako.
  9. Balikkan adunan tako beberapa kali hingga masak sekata dengan lidi satay.
  10. Atur di dalam pinggan, picit dengan sos, mayonis dan tabur bonito flakes dan nori di atasnya.


Bahan-bahan Tako boleh di beli di Pasaraya Aeon Mall di bahagian Japanese Food.

*** Sos Okonomoyaki boleh di gantikan dengan campuran sos tiram,sos hoisin dan seasoning

Takoyaki

Cherry Almond Tart

$
0
0

Cherry Almond Tart
By Kak Wan @ Resipicitarasawan

Bahan Kulit Pastri
240 gm tepung gandum
40 gm cornflakes kisar halus
20 gm serbuk almond
170 gm mentega sejuk, potong kecil
2 sudu makan gula aising
2 sudu makan air ais

Cara-cara :
  1. Satukan tepung, cornflakes dan serbuk almond.
  2. Masukkan mentega dan gaul dengan hujung jari hingga menjadi serbuk roti.
  3. Masukkan gula aising dan gaul sebati.
  4. Masukkan air ais dan uli hingga menjadi doh yang lembut.
  5. Bungkus doh dengan plastik wrap dan simpan 30 minit dalam peti sejuk.
  6. Canai doh kulit tart sederhana nipis.
  7. Masukkan ke dalam acuan tart yang di sapu mentega.
  8. Tekan doh ke dalam acuan dengan kemas supaya melekat dengan sempurna.
  9. Trim lebihan doh di bahagian atas, cucuk dasarnya dengan garpu.
  10. Bakar di dalam oven pada suhu 175C selama 15 minit.
  11. Angkat dan sejukkan sebentar.

Bahan Kek
125 gm mentega, suhu bilik
60 gm gula kaster
1 sudu kecil esen vanilla
2 biji telur
1 cawan serbuk almond
60 gm tepung gandum
1 packet cherry segar atau pitted cherry
gula aising untuk deco

Cara-cara :

  1. Panaskan oven pada suhu 160C.
  2. Putar mentega dan gula hingga kembang dan putih.
  3. Masukkan telur satu persatu, putar sebati.
  4. Masukkan serbuk almond dan tepung, gaul sebati.
  5. Isi adunan ke dalam kulit tart hampir penuh, ratakan dengan spatula.
  6. Tekan buah cherry ke dalam adunan hingga penuh.
  7. Bakar semula pada suhu 160C selama 25 minit atau hingga adunan kek keperangan.
  8. Setelah masak tabur dengan gula aising.

Cherry Almond Tart

Pulut Pandan Jala Mas

$
0
0

Pulut Pandan Jala Mas
By Kak Wan @ Resipicitarasawan

Bahan-bahan
1 cawan beras pulut
1/2 cawan santan kotak
1/2 cawan air
setitis pewarna hijau
3 sudu besar gula pasir
1/4 sudu teh garam
10 helai daun pandan, potong2

Kacang hijau tanpa kulit atau bijan (sangai)
Kacang tanah goreng, tumbuk kasar
Kelapa parut muda, gaul sedikit garam
2 keping jala mas, di carik2

Penyediaan :

  1. Kisar daun pandan bersama 2 cawan air dan tapis.
  2. Cuci beras pulut dan rendam bersama jus daun pandan dan sedikit pewarna hijau selama 1 jam.
  3. Toskan dan kukus selama 20 minit hingga masak.  Angkat dan masukkan ke dalam bekas.
  4. Masak santan, air, gula dan garam hingga gula larut.
  5. Gaulkan bersama pulut tadi hingga rata.  Kukus semula selama 10 minit.
  6. Hidang pulut bersama taburan kelapa parut, jala mas dan kacang.
  7. Jika suka boleh dihidang bersama sos santan.


Sos Santan
500ml santan sederhana pekat
1 sudu besar tepung beras
1/4 sudu teh garam
1 helai daun pandan - di simpul

Cara-cara :
Satukan semua bahan, masak hingga pekat.

Pulut Pandan Jala Mas

Macaroons Strawberi & Kelapa

$
0
0

Macaroons Strawberi & Kelapa
By Kak Wan @ Resipicitarasawan
Resipi : Chef Zam

Bahan-bahan:
4 biji putih telur
100g gula halus
1 sudu teh ekstrak vanilla
370g kelapa parut kering kasar
1 cawan strawberi - dipotong dadu

Acuan berlubang yang digris atau dulang yang di alas kertas minyak


Kaedah:
  1. Panaskan ketuhar pada suhu 160*C.
  2. Pukul putih telur, gula, dan vanilla pada kelajuan sederhana sehingga kembang. 
  3. Kaupbalik kelapa ke dalamnya hingga sebati. 
  4. Adunan akan menjadi basah dan melekit. 
  5. Tutup adunan dengan plastik wrap dan biarkan di dalam peti ais selama 30 minit dan kelapa akan menyerap semua cecair.
  6. Sementara itu, tekap strawberi dengan tuala kering. 
  7. Kaupbalik strawberi ke dalam adunan kelapa.
  8. Sudukan adunan ke atas acuan hingga penuh. 
  9. Pastikan bentuknya padat dan kemas.
  10. Bakar sehingga keperangan lebih kurang 20-22 minit.


Macaroons Strawberi & Kelapa

Kerabu Kerang Ala Thai

$
0
0

Kerabu Kerang Ala Thai
By Kak Wan @ Resipicitarasawan

Bahan-bahan
1 kg kerang
5 ulas bawang putih
6 tangkai cili padi atau lebih
1 batang serai, hiris halus
1 sudu besar sos ikan
4 sudu besar jus limau nipis
1/2 keping gula melaka atau gula somtam
Garam dan gula secukup rasa
1/2 cawan tomato ceri, belah 2
3 biji limau nipis, hiris
1 ulas bawang merah, hiris
1 tangkai daun ketumbar, hiris

Cara-cara :
  1. Cuci kerang hingga bersih.
  2. Didihkan air dalam periuk, masukkan kerang dan masak sebentar.
  3. Masak dalam 3-4 minit jangan sampai kerang terbuka.
  4. Toskan dan masukkan ke dalam bekas berisi air ais.
  5. Toskan dan buka kulitnya separuh, masukkan ke dalam pinggan.
  6. Tumbuk kasar bawang putih, cili padi dan serai.
  7. Masukkan gula melaka, tumbuk hingga gula hancur.
  8. Masukkan perahan jus limau, sos ikan, gula dan garam. gaul rata.
  9. Akhir sekali masukkan tomato ceri dan hirisan limau nipis.
  10. Tumbuk2 sedikit dan gaul rata.  Tuang ke atas kerang, gaul rata.
  11. Hidang dengan hirisan bawang merah dan daun ketumbar.


Kerabu Kerang Ala Thai

Kue Pukis Durian

$
0
0

Kuih Pukis Durian
By Kak Wan @ Resipicitarasawan

Bahan Adunan
250 gm tepung gandum
100 gm mentega / margerin cair
150 gm gula pasir
2 biji telur ayam grd A
2 sudu besar susu pekat manis
280 ml santan pekat
1/2 sudu besar instant yeast

Inti Durian
5 ulas isi durian
1 sudu besar susu pekat manis

Acuan Pukis, oles minyak atau marjerin
Kepingan keju untuk hiasan


Cara-cara :
  1. Satukan semua bahan adunan di dalam blender,
  2. Kisar hingga sebati.  Rehatkan selama 1/2 jam hingga adunan kembang.
  3. Untuk inti, lecek isi durian dan susu pekat hingga halus.
  4. Panaskan acuan pukis, tuang setengah adunan.
  5. Isi dengan inti durian dan tuang adunan hingga penuh.
  6. Tutup acuan dan masak dengan api perlahan hingga masak.
  7. Letak hirisan keju jika suka.

Kue Pukis Durian

Chocolate Pineapple Upside Down Cake

$
0
0

Chocolate Pineapple Upside Down Cake
By Kak Wan @ Resipicitarasawan

Bahan Topping Nenas
1/4 cawan (60g) mentega tawar
1/3 cawan (70g) gula perang
7 kepingan nenas, dalam tin

Adunan Kek Kelapa Coklat
1 cawan (125g) tepung gandum
1 cawan (50g) kelapa kering
1/3 cawan (40g) serbuk koko
1/2 sudu kecil garam (2g)
1 sudu kecil (4g) baking powder
1/3 cawan (75g) mentega tawar, lembutkan
2/3 cawan (135g) gula perang
3 biji telur A
3/4 cawan (180ml) santan kotak
1 sudu besar coklat emulco atau (80g) coklat cair

Loyang bulat 9in di gris dan alas kertas minyak

Cara-cara :
  1. Panaskan ketuhar pada suhu 175C.
  2. Dalam periuk cairkan mentega dan gula perang dengan api kecil sehingga gula larut.
  3. Tuangkan ke dalam acuan hingga rata dan aturkan kepingan nanas.  Ketepikan.
  4. Satukan tepung, serbuk koko, kelapa parut, serbuk penaik dan garam.
  5. Dalam mangkuk lain putar mentega dan gula sehingga kembang.
  6. Tambah telur, satu demi satu, putar hingga sebati.
  7. Masukkan campuran tepung berselang seli dengan dan santan dan putar sebati.
  8. Tambah coklat emulco dan gaul rata.
  9. Bakar selama 35-40 minit atau sehingga masak.
  10. Sejukkan kek sebelum di terbalikkan,  Keluarkan kertas alasnya.
  11. Potong dan boleh di hidang bersama aiscream.


Chocolate Pineapple Upside Down Cake
Viewing all 1312 articles
Browse latest View live